Kedai FamilyMart Pertama Di Pulau Pinang - Automall, Karpal Singh Drive, Penang



Orang Pulau Pinang Dapat Menikmati FamilyMart Akhirnya.. Bestlah

Setelah menunggu 3 tahun lebih sejak pembukaan outlet pertama di Malaysia pada tahun 2016, akhirnya orang Pulau Pinang tak payah lagi pi jauh sampai KL, Melaka atau Johor untuk pi FamilyMart dah, sebab kita pun akan ada FamilyMart di Pulau Pinang.

Outlet pertama Family Mart di Pulau Pinang akan dibuka pada 30 Julai 2020 di Automall, Karpal Singh Drive. Tempat tu memang femes dengan boba dan juga minuman yogurt.

Yang best, bukan satu outlet aje, tapi nampak gayanya akan ada beberapa outlet seterusnya dalam masa yang singkat ni. Outlet kedua akan dibuka di Autocity, Juru. Jadi orang yang dok belah sana boleh lah mengunjungi outlet disana.

Dengar cerita ada outlet yang akan buka di stesen Caltex tapi buat masa ni takde confirmation lagi.

Yang penting, janji FamilyMart buka kat Penang. hehe..

Memang gembiralah sebab dah lama tunggu. Tunggu punylah tunggu.

Tak lama lagi boleh lah makan Oden, ais krim dan banyak lagi makanan yang sedap.

Apa yang korang suka makan kat FamilyMart? Korang share sikit kat komen bawah ye.








Akhirnyaaaaa.. Kita kat Pulau Pinang dah ada FamilyMart. Wohooooo!!!

CR : FAMILYMART MALAYSIA FB



CR : FAMILYMART MALAYSIA FB


CR : FAMILYMART MALAYSIA FB

CR : FAMILYMART MALAYSIA FB

CR : FAMILYMART MALAYSIA FB

CR : FAMILYMART MALAYSIA FB


Akhirnya...kita pun dapatlah menikmati Oden, aiskrim dan frappe FamilyMart di Pulau Pinang. Tak payah pi jauh dah hehe..





Chocolate Cookies Frappe






















Promosi : Discount 25% apabila anda tunjuk kepada mereka yang anda like page mereka:
Sofuto Ice Cream (30 July - 2 Aug 2020)
Brown Sugar Bubble Milk (3 - 9 Aug 2020)
Frappe (10 - 16 Aug 2020)
Large Coffee (17 - 23 Aug 2020)
*Sementara stok masih ada.

FamilyMart Penang
No.29C-01-19 & No. 29C-01-20, 
Maritime, Persiaran Karpal Singh, 
11600 Jelutong, Penang.

Waktu perniagaan buat ketika PKPP ini:
7 pagi to 12 tengah malam (Biasa adalah 24jam)

Follow us👇

Comments