ShopeeFood Kini di Pulau Pinang
ShopeeFood bertujuan untuk menyediakan pengguna Shopee pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar dengan tawaran pelbagai rangkaian makanan tempatan dan antarabangsa melalui aplikasi Shopee. Pengguna kini boleh mendapatkan sajian daripada peniaga termasuk gerai penjaja terkenal dari kawasan utama seperti Pulau Pinang, George Town, Ayer Itam, Gelugor, Tanjung Bungah, Bayan Lepas dan Jelutong seperti Nasi Kandar Pelita, Mee Goreng Bos!, Penang Chendul, Pasembor dan banyak lagi. .
Selain menawarkan sajian tempatan, ShopeeFood juga teruja untuk membawakan rangkaian rakan kongsi makanan popular seperti McDonald's, Hoshino Coffee, US Pizza dan Haagen Dazs.
Sempena pelancaran ShopeeFood di Pulau Pinang, pengguna dapat menikmati promosi masa tehad istimewa. Mulai sekarang hingga 20 Jun, pengguna akan dapat menikmati tawaran hebat dengan peniaga SUPER DEALS seperti ZUS Coffee, Chatime, Boat Noodle, Yi Ke Shu dan banyak lagi. Semasa pembayaran, pengguna hanya perlu memilih ShopeePay sebagai kaedah pembayaran pilihan dan mereka boleh menuntut baucar untuk menikmati tawaran hebat:
Pengguna juga boleh mendapatkan tawaran berikut dari ShopeeFood:
Pengguna Shopee baharu layak mendapat potongan 99% tanpa perbelanjaan minimum, dihadkan pada RM25 dengan kod: NEWTOFOOD;
Pengguna ShopeeFood baharu layak mendapat tawaran yang sama, dihadkan pada RM7 dengan kod: NEWTOSFOOD.
Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia berkata: “Kami sangat gembira kerana ShopeeFood kini boleh didapati di Pulau Pinang. Perkhidmatan penghantaran makanan kami menawarkan nilai, kepelbagaian dan kemudahan kepada pengguna Shopee. Memandangkan ShopeeFood disepadukan ke dalam aplikasi mudah alih Shopee, pengguna boleh menggunakan dompet mudah alih ShopeePay mereka dengan mudah untuk pengalaman pesanan yang lancar. Pengguna ShopeeFood juga akan teruja untuk mengetahui bahawa kami menawarkan Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum sempena pelancaran ini.”
“Bagi peniaga ShopeeFood, mereka juga boleh mengakses pangkalan data kami yang besar untuk menjangkau pelanggan baharu. Bagi peniaga yang lebih kecil ini sedikit sebanyak boleh membantu mereka terutamanya apabila negara kembali kepada aktiviti ekonomi biasa dan restoran fizikal mereka kini boleh dipaparkan dalam talian untuk meningkatkan jualan.”
Beberapa peniaga yang ditemu bual turut berkongsi komen berikut untuk menyertai ShopeeFood:
“Peniaga tempatan harus beralih ke laluan digital. Ia merupakan satu lagi sumber untuk memperoleh jualan dan pesanan daripada pelanggan baharu atau semasa. Ini tidak lama lagi akan menjadi sumber pendapatan utama untuk perniagaan. Shopee dikenali ramai, dan dengan pangkalan pengguna yang besar, ShopeeFood tidak boleh dilepaskan,” kata Mars Lau, Pemilik The Empire of Fried Chicken.
Jun ini, pengguna ShopeeFood turut berpeluang memenangi produk eksklusif PerySmith dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM10,000 apabila menyertai Peraduan Pesanan & Menang:
Dari 1 - 30 Jun, belanja minimum RM20 dari mana-mana restoran
Ikuti Instagram rasmi ShopeeFood (shopeefood_my)
Like & komen ID Pesanan anda di Penang Launch Contest Post
Selesai! Ulangi langkah di atas, pesan lebih banyak dan dapatkan peluang yang lebih tinggi untuk menang
Khas untuk peminat Pulau Pinang kami, ShopeeFood akan menganjurkan roadshow di Gurney Plaza dari 3 - 6 Jun 2022 bermula dari 10 pagi hingga 8 malam.
Roadshow itu terbuka kepada orang ramai dan akan menampilkan aktiviti menarik seperti flash mob, permainan mini dan pemberian beg cenderamata percuma.
Bagi maklumat lanjut mengenai ShopeeFood, layari https://shopee.com.my/m/shopeefood dan ikuti perkembangan terkini kami di Instagram @shopeefood_my.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Comments
Post a Comment