Bas Perantara Percuma Sempena Thaipusam 2024

 Bas Perantara Percuma Sempena Thaipusam 2024


Tiga (3) laluan di Kuala Lumpur dan satu (1) di Pulau Pinang

Bersempena sambutan perayaan Thaipusam pada 25 Januari 2024, Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai yang ingin ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Kuala Lumpur manakala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun Bunga di Pulau Pinang. Butiran perkhidmatan bas perantara percuma ini adalah seperti berikut:


Rapid Bus akan berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (IPD Gombak) dalam memastikan kelancaran perkhidmatan bas perantara percuma di Kuala Lumpur. Selain daripada perkhidmatan bas perantara percuma tersebut, terdapat tiga (3) perkhidmatan bas di Kuala Lumpur dan lima (5) di Pulau Pinang yang akan melalui kawasan-kawasan acara sambutan Thaipusam. Kadar tambang yang dikenakan adalah tertakluk kepada lokasi naik/ turun. 

 Laluan tersebut adalah seperti berikut:



Rapid Bus ingin mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam buat semua rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, layari laman media sosial: 

- Rapid KL: @myrapid (Facebook) dan @myrapidkl (Instagram) 
 - Rapid Penang: @rapidpgfans (Facebook) dan @myrapidpg (Instagram) 
 

Comments